Tuesday, October 11, 2016

Bandung Basket Gift

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... selamat datang ke Ujicharm Special Gift. Bagi yang baru pertama kali singgah, Ujicharm ucapkan selamat datang dan jemputlah jenguk-jenguk lagi.

Kalini Ujicharm nak share bakul yang mahal sikit dan Ujicharm akan bagi tahu kenapa. Harga bakul ni bermula dari RM110 (tak masuk delivery). Bakul ni memang susah sikit nak buat sebab semua pom-pom yarn tu Ujicharm buat sendiri. Harga bakul sahaja Ujicharm letak RM30, itupun cover depan sahaja. Kalau nak tutup semua, harga up sekali ganda lagi. 
   

Kain itu pula memang dibeli dari Bandung, Ujicharm ada lagi satu design yang sama (tenun) berwarna pink dan harganya RM50 sepasang (4meter). Kain lain yang ada dari Bandung juga, tapi design sulaman dan manik. Boleh PM kalau nak tengok. Harga pun mahal sikit.



Coklat dalam jar pula adalah tiramisu dan pillow wrap. Sebalang RM8-9 - isi ada 10 biji/jar. Dan baki RM13-14 tu pula untuk dekorasi.

Tempahan ini untuk hadiah harijadi sebenarnya.Untung betul kawan customer tu. Didoakan semoga beliau panjang umur dan murah rezeki.

Berminat? Call atau Whatsapp 012-3256914 atau emel kepada ujicharm.sg@gmail.com

Floral Basket Gift

Floral Basket Gift ini antara kegemaran Ujicharm sebab warnanya lembut saje. Sejuk mata memandang. Customer request gift berwarna pastel jadi Ujicharm pilih warna hijau pudar, cream dan light pink. Masa share gambar dengan customer... dia response WOW!!! Ujicharm rasa suka sangat :)
  

Tak dapat dinafikan, Ujicharm sentiasa berdebar-debar menunggu reaksi Customer sebab Ujicharm masih baru dalam bidang ni. Takut juga kalau tak menepati citarasa atau expectation Customer. Ujicharm sentiasa terbuka mendengar kritikan dan pandangan, dan kalau untuk kebaikan Ujicharm, tak salah kalau kita menerima teguran itu.


Seperti biasa, items dalam bakul ni semua dari Beryl's. Ada 5 items iaitu dark choco, coconut roll, tiramisu (jar), pillow wrap (jar) dan 1 kotak biskut. Bukan bermakna Ujicharm tak boleh buat dari jenama lain... boleh saje ;) Kalau anda nak, anda boleh inform Ujicharm dan kami tolong buatkan. Beritahu juga konsep apa yang anda inginkan.


Harga bermula dari RM75 (tak termasuk delivery). Kalau berminat, call atau Whatsapp 012-3256914 atau emel ke ujicham.sg@gmail.com



Basket Gift Sesuai untuk Buah Tangan

Bakul comel ni lagi satu tempaham custom-made untuk Ujicharm. Ada 5 items diisi di dalamnya, dan semuanya dari Beryl's. Ada dark choco wafer, coconut roll, tiramisu (jar), pillow wrap (jar) and fruit choco. 

Kalau nak pergi merisik atau dijadikan hadiah hari jadi.. memang sesuai. Customer boleh pilih warna apa dan barang apa nak letak di dalamnya. Ujicharm akan sediakan quotation dan terpulang pada anda untuk setuju atau tak. Kami tak akan paksa anda untuk membeli dari kami ;) yang kami boleh janji, servis terbaik sesuai dengan harga yang dibayar.



Design basket ni adalah anyaman rotan dan mengkuang yang berwarna terang sesuai dengan warna bunga daisi (artificial) biru. Ujicharm tak dapat nak jamin yang stock bakul seperti ini sentiasa ada. Jadi setiap tempahan, mungkin tak sama.. oh lagi pun, namanya kan custom-made :) Haruslah sentiasa unik.


Harga pakej seperti ini bermula dari RM65 (tak masuk delivery).

Kalau bakul yang lebih besar, barangnya pun mestilah lagi banyak.. jadi harganya pun lebih mahal.

Kalau berminat, call atau Whatsapp 012-3256914 atau emel ujicharm.sg@gmail.com

Tempah 'Baby Gift' yang Didekorasi Istimewa

Assalamualaikum dan salam sejahtera... lama Ujicharm tak update blog kan.. tapi sebenarnya Ujicharm beroperasi seperti biasa. Cuma selepas raya ada masalah teknikal, jadi ada gambar projek yang dah hilang ;( dan tak sempat nak share.

Ujicharm menerima tempahan 'custom-made' sepanjang tempoh ini. So Ujicharm akan share di blog ini sebagai track record atau menjadi idea gubahan untuk anda di luar sana (DIY). Sesiapa yang tak berkesempatan nak buat sendiri, apalagi, call saje Ujicharm di 012-3256914 atau emel kepada ujicharm.sg@gmail.com. Kami akan tolong anda sebaik mungkin dan kurangkan pening kepala anda :) InsyaAllah.





Comel tak gift kat atas ni? Masa ni client request gift untuk baby yang boleh dinikmati seisi keluarga. So Ujicharm cadangkan supaya disertakan dengan chocolate dan biskut. Pakej ini datang dengan bear tu sekali sebagai part of decoration. Tapi baju baby tu , customer yang provide. Nak minta Ujicharm belikan pun boleh, tapi kami kenakan extra charge untuk tolong belikan.

Suma biskut dan choclate dari Beryl's so rasanya insyaAllah sedap :)

Harga bermula dari RM75 (tak masuk delivery).... berminat? Call atau Whataps 012-3256914.